Gambaran keseluruhan Bachok Selatan (kawasan negeri)

Kawasan pilihan raya Bachok Selatan telah diciptakan pada tahun 1958 untuk menghadapi pilihan raya negeri pada tahun berikutnya, 1959. Bachok Selatanterletak di dalam kerusi parlimen Bachok (P.019). Kawasan pilihan raya ini berjiran dengan kawasan Bachok Utara di utara, dan Bachok Tengah di tenggara. Kawasan Pasir Puteh Utara dan Pasir Puteh Tenggara yang terletak di bawaha kawasan parliemn Pasir Puteh (P.022) masing-masing terletak di bahagian barat daya dan selatan kawasan ini. Kawasan ini berhadapan dengan Laut China Selatan menghadap ke arah timur. Penamaan kawasan pilihan raya ini sebagai Bachok Selatan dipilih kerana kedudukan geografinya di bahagian selatan kawasan parlimen Bachok.[1]

Kawasan pilihan raya Bachok Selatan mula dipertandingkan dalam pilihan raya negeri pada 24 Jun 1959, serentak dengan kawasan Dewan Undangan Negeri lain yang terdapat di negeri Kelantan.[4] Pada peringkat awal, sebanyak lima calon bertanding di kawasan ini iaitu, Haji Othman bin Haji Ismail dari Persatuan Islam Sa-Malaya (PAS), Haji Mokhtar bin Haji Ahmad dari Parti Negara, Nik Abdul Majid bin Nik Abdul Rahman dari parti Barisan Sosialis, Othman Adam dari Bebas serta Ismail bin Haji Ahmad dari Parti Perikatan. Sebanyak 7,732 orang pengundi yang berdaftar di bawah kawasan Bachok Selatan pada tahun itu.[5] Keputusan pemenang telah diumumkan pada 26 Jun 1959 di Berita Harian, yang di mana memaparkan Haji Othman bin Haji Ismail telah menang, memperolehi 75.9 peratus undian, berbanding saingannya Haji Mokhtar bin Haji Ahmad sebanyak 0.7 peratus, Nik Abdul Majid bin Nik Abdul Rahman sebanyak 1.8 peratus, Othman Adam sebanyak 1.1 peratus, dan Ismail bin Haji Ahmad sebanyak 20.6 peratus. Persatuan Islam Sa-Malaya (kini dikenali sebagai Parti Islam Se-Malaysia) telah berjaya merampas wilayah DUN Bachok Selatan daripada pihak lawan pada pilhan raya pertama.[6][7][8]

Pada pilihan raya berikutnya iaitu pada tahun 1964, Haji Othman bin Haji Ismail dari PAS kembali bertanding sekali lagi di wilayah DUN Bachok Selatan. Terdapat satu saingannya kali ini iaitu, Mohamed Zain bin Abdullah dari Parti Perikatan. Terdapat 8,518 pengundi berdaftar di kerusi ini, bertambah 786 orang berbanding pilihan raya negeri pada tahun 1959. Alhasil, Haji Othman bin Haji Ismail kekal dan masih bertahan di kerusi Bachok Selatan, dengan mendapatkan majoriti sebanyak 8,55.[9][10] Namun, pada pilihan raya negeri 1969, Haji Othman bin Haji Ismail mengundur diri dan tidak bertanding. Terdapat tiga calon yang bertanding di kerusi Bachok Selatan kali ini iaitu, Mohamed Yaacob (atau Mohamed bin Haji Yacob), Datin Zainun binti Ismail serta Mohamed Zain bin Abdullah. Masing-masing mewakili parti PAS, Perikatan dan Bebas. Ini merupakan pilihan raya terakhir diadakan kerana kawasan ini akan dimansuhkan dan dipinda menjadi nama yang baharu. Kesudahannya, Mohamed Yaacob telah memenangi kerusi ini dengan mendapat undian sebanyak 49.7 peratus berbanding dengan saingannya iaitu Mohamed Zain bin Abdullah sebanyak 48.5 peratus dan Datin Zainun binti Ismail sebanyak 1.9 peratus sahaja.[1][3] Kawasan ini terus berkhidmat sehingga tahun 1973. Pada tahun 1974, kawasan Bachok Selatan tidak wujud lagi dalam kerusi Dewan Negeri kerana telah dipinda menjadi nama Jelawat. Parti PAS telah menduduki kerusi DUN Bachok Selatan selama tiga penggal Dewan Negeri selama berturut-turut tanpa kalah dari pihak saingan.[10][8]

Sejarah perwakilan

PenggalTahunAhliParti
Bachok Selatan
Kawasan baru dicipta
pertama  1959–1964     Othman Ismail PAS
ke-2  1964–1969
ke-3  1969–1969 Mohamed Yaacob
Dewan digantung (1969-1971)
ke-3  1971–1974     Mohamed Yaacob PAS
Kawasan dimansuhkan, digantikan dengan Jelawat

Rujukan

WikiPedia: Bachok Selatan (kawasan negeri) http://singapore-elections.com/malaysia-elections/... http://www.spr.gov.my/index.php/component/content/... https://books.google.com/books?id=RthRAQAAMAAJ&q https://www.google.com.my/books/edition/Politik_Ke... https://www.google.com.my/books/edition/The_Kelant... https://archive.org/details/penyata-pilehanraya-um... https://web.archive.org/web/20160424120924/http://... https://web.archive.org/web/20170325091004/http://... https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised... https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised...